Salah laku jalan raya
Salah laku jalan raya

Salah laku jalan raya

Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri. Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya dan pengguna jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripada itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak.